Wednesday, August 26, 2009

berbuka di hotel

**okeh.. saje je cari ulasan ney.. sbb tgk dkt blog kak julie, ada tulis pasal ney kn.. thanx kak julie sbb share pasal status halal hotel..

lepas tu aku cuak2 la sbb dlm list tu x de Hotel Grand Continental Kuantan.. hehe.. sbb kami anak beranak akan berbuka dkt situ hujung minggu ney.. aku da siap beli tiket flight sume.. kali ney, aku pilih MAS pulak.. moga perjalanan kali ney selamat dan aku sampai sana and balik sini dgn selamat.. amin......

so, aku pun google la kn.. and terjumpe artikel ney yg bertarikh 23 Ogos 2009.. so, aku pun lega la sket.. klu x, mau suh kakak aku tuka venue.. mende ney kn x boleh buat main2.. mende tu nnti akan jd darah daging.. sepanjang 3 years in a row yang lepas, kami berbuka di Quality Hotel, depan sogo.. yg tu mmg aku da confirm kan siap2 b4 book.. cume kali ney mungkin bosan asik g KL je kn, tu yg tukar pegi Kuantan pulak.. mungkin tahun depan pegi Penang ke kan.. hehe.. (mama ngan ayah sudi ke dtg ke teratak buruk anakanda mu yang comel ini? ecehhh~~)

meh la baca artikel ney pd sapa2 yang rajin.. =)

**********************************************************

KUANTAN – Umat Islam yang berhasrat membuka puasa atau bersahur digesa memilih hotel yang mempunyai Sijil Pengesahan Tanda Halal bagi membolehkan ibadat wajib itu sempurna dan mendapat keberkatan.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan Abdul Manan berkata, JAIP sebelum ini melancarkan Bufet Halal Ramadan Hotel-Hotel Negeri bagi menggalakkan orang ramai memilih hotel halal untuk menjamu selera.

Menurutnya, sebanyak 16 hotel di negeri ini yang disahkan mempunyai Sijil Pengesahan Tanda Halal dari Jaip dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita menggalakkan individu, jabatan kerajaan dan syarikat korporat yang menganjurkan majlis berbuka puasa prihatin dan sensitif dengan pemilihan tempat makan untuk sahur dan berbuka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau turut menyenaraikan hotel yang sudah disahkan halal di Rompin iaitu Hotel Seri Malaysia, Rompin Beach Resort dan Sommerset Beach Resort manakala satu di Temerloh iaitu Hotel Green Park.

Selain itu, katanya, hotel yang diiktiraf halal di Genting pula ialah Hotel Seri Malaysia, Kampung Resort Hotel dan Resort Cafe, Resort Hotel dan Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

“Di Kuantan pula, Classic Hotel, Western Suria Cherating, Hotel Seri Malaysia, De Rhu Beach Resort, Hotel MS Garden, Hotel Sri Malaysia, dan Hotel Grand Continental adalah hotel yang membolehkan pelanggan menikmati makanan di situ tanpa was-was,” katanya.

Noridzuan berkata, umat Islam wajib mengambil berat makanan yang halal terutama ketika Ramadan dan tahu mengenai status menu yang disediakan kepada tetamu.

Beliau berkata, status makanan halal bukan sahaja digalakkan kepada pengurusan hotel tetapi restoran dan kedai makan juga perlu peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan Islam.

”Kini, kita sudah mempunyai banyak pilihan. Justeru, pilih hotel atau restoran yang mempunyai Sijil Pengesahan Tanda Halal untuk berbuka puasa sekali gus melengkapkan ibadah puasa yang dilaksanakan seharian,” katanya.

Beliau turut menasihatkan restoran atau kedai makan mendapatkan sijil berkenaan bagi memberi keyakinan kepada umat Islam mendapatkan juadah berbuka puasa.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Shafik Fauzan Syarif menggesa pengusaha hotel mendapatkan sijil halal walaupun tidak diwajibkan bagi menarik lebih ramai pelanggan dalam kalangan Muslim.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/ dan http://abihulwa.blogspot.com/2009/08/buka-puasa-sahur-di-hotel-halal.html

1 comment:

*SiRibenMerah said...

hoho.. skang neh sume da jd was2.. mencari yg halal itu fardhu bg setiap umat islam..
selamat menempuh perjalanan yang bermakna dan bahagia di samping keluarga.. hehehehe =)

**p/s: kem salam ahli keluarga ko yek..